Open Tuition Bahasa Inggeris

8 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 7 April 2026 (Selasa) telah diadakan Open Tuition Bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 1 secara atas talian. Program Open Tuition ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 1. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Open Tuition ini bermula pada pukul 3:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Antara pengisian Open Tuition Bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 1 pada kali ini adalah untuk membantu murid cara untuk menggunakan Subject - Verb Agreement dengan betul. Modul pembelajaran turut disediakan kepada pelajar yang mengikuti Open Tuition Bahasa Inggeris ini.

Diharapkan program seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan Bahasa Inggeris pada peperiksaan yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali